fbpx

Jangan dibuai dengan kemenangan – Bojan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain KL City diingatkan agar tidak terbuai dengan kejayaan ketika ini kerana masih ada lagi satu perlawanan menentang Sri Pahang di Stadium Darul Makmur malam ini.

BERAKSI tanpa tekanan adalah faktor utama kejayaan Kuala Lumpur (KL) City FC melakar sejarah tersendiri mara ke suku akhir Piala Malaysia buat kali pertama dalam tempoh 29 tahun.

The City Boys mengukir kejayaan bersejarah itu selepas menang 1-0 ke atas Penang FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Ahad lalu, sekali gus menempah tiket suku akhir sebagai dua pasukan terbaik Kumpulan A.

Lebih menarik, KL City bukan sahaja mara ke suku akhir Piala Malaysia, malah masih berjaya mengekalkan rekod bersih di laman sendiri dengan 14 perlawanan tanpa kalah pada musim ini.

Bagaimanapun, ketua jurulatih KL City, Bojan Hodak menggesa anak-anak buahnya agar tidak dibuai dengan kejayaan itu kerana masih ada aksi terakhir Kumpulan A bertemu Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur malam ini.

“Ia sesuatu yang amat positif dan istimewa dapat membawa KL City ke suku akhir kerana kita tidak pernah mara ke peringkat ini sejak tahun 1992.

“Sebelum kejohanan bermula, sememangnya tiada tekanan kepada kami kerana sasaran awal ialah kekal pada Liga Super. Malah, kami berjaya melakukannya dengan menghuni kedudukan keenam terbaik.

“Kami berharap dapat lakukan sesuatu yang bermakna di suku akhir, namun masih ada lagi satu perlawanan untuk dihabiskan apabila bertemu Sri Pahang selepas ini,” katanya.

Sebagai rekod, KL City yang sebelum ini dikenali dengan nama Kuala Lumpur pernah muncul juara Piala Malaysia tiga kali berturut-turut bermula 1987, 1988 dan 1989.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI