fbpx

Farres tidak gentar dengan pelumba Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FARESS yang muncul juara MiniGP Siri Malaysia tekad tampil cemerlang pada Kejuaraan Siri Dunia di Valencia, Sepanyol yang membuka tirai hari ini.

PELUMBA cilik dari Selangor, Farres Putra yang muncul juara keseluruhan kejuaraan FIM MiniGP Siri Malaysia bertekad tampil cemerlang menjelang perlumbaan Kejuaraan Siri Dunia di Valencia, Sepanyol yang membuka tirai hari ini.

Selain Farres, Emil Idzhar dan Farish Hafiy turut ­meraih tiket ke Valencia selepas ma­sing-masing meraih tempat kedua dan ketiga keseluruhan untuk berentap di kejuaraan tersebut.

“Keadaan di sini sangat sejuk dan saya akan cuba membiasakan diri dengan cepat. Sudah pasti saya sangat teruja kerana ini kali pertama saya bersaing di pentas berprestij seperti ini.

“Apa pun, saya bersedia untuk memberi saingan kepada pelumba Eropah dan buat yang terbaik. Ketika ini, saya tidak sabar untuk turun ke litar untuk memulakan perlumbaan,” kata Farres yang berusia 13 ­tahun.

Sementara itu, Farish ­mengakui dia telah melakukan persiapan cukup rapi ter­utama meningkatkan tahap ­kecergasan sewaktu di Malaysia, sekali gus membantu mendapatkan hasil terbaik di ­Valencia.

“Saya sangat gembira dapat ke Valencia dan bersaing de­ngan pelumba lain. Saya akan buat terbaik pada perlumbaan sebenar nanti dan seterusnya mengharumkan nama Malaysia,” kata Farish.

Pada saingan nanti, ke­semua pelumba remaja ber­usia 10 hingga 13 tahun itu akan bersaing menggunakan jentera ­Ohvale 160cc bersama pelumba dari Itali, Perancis, Ireland, Belanda, Portugal, Sepanyol dan United Kingdom.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI