MANCHESTER – Penyokong-penyokong Manchester City mula rasa teruja selepas pasukan itu dikaitkan dengan pemenang enam kali Ballon d’Or, Lionel Messi.
Menghangatkan lagi keadaan, penyerang utama City, Sergio Aguero membuang nombor ‘10’ daripada nama profilnya di Instagram, nombor sama yang digunakan Messi di Barcelona.
Justeru, keadaan itu dilihat sebagai bayangan kapten skuad antarabangsa Argentina semakin hampir menyarung jersi The Citizens musim depan.
City dianggap satu-satunya pasukan pilihan untuk mendapatkan Messi dengan pengaruh pengurus, Pep Guardiola yang pernah membimbing pemain itu di Barcelona.
Pada masa sama, spekulasi juga timbul apabila media antarabangsa mendakwa bapa Messi, Jorge sudah tiba di Manchester untuk melakukan rundingan.
Selain itu, pembantu Guardiola juga memuat naik status di media sosial mereka dengan menulis ‘kami sedia membuat Messi kembali tersenyum’.
Terdahulu, Messi menghantar surat memohon pelepasan daripada Barcelona apabila sudah tidak sebulu dengan pengurusan skuad The Catalans itu. – AGENSI