fbpx

Sang Penyu tidak rela rekod dinodai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MINTAH enggan menjadikan faktor kecederaan sebagai penghalang untuk dia terus membantu gergasi Pantai Timur itu membawa pulang tiga mata dari Kuching.

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain mahu anak-anak buahnya mengekalkan rekod kemenangan bersih 100 peratus dalam aksi peringkat Kumpulan B Piala Malaysia.

Skuad Penyu yang sudah layak ke pentas suku akhir musim ini, berpeluang merakam kemenangan keenam berturut-turut jika menewaskan Kuching City FC di Stadium Negeri, Kuching malam esok.

“Kami masih di peringkat awal walaupun sudah layak ke suku akhir. Saya sasarkan kami fokus satu persatu dahulu sebelum seterusnya adalah melepasi suku akhir pula.

“Saya berbangga dengan persembahan pemain. Namun, yang penting selepas ini ialah kami kena menang juga dengan Kuching City untuk kami pastikan rekod kemenangan dapat diteruskan,” kata Nafuzi.

Sebagai rekod, TFC kini mengungguli carta Kumpulan B dengan 15 mata, jauh mengatasi Selangor FC di tempat kedua yang turut mengiringi mereka ke peringkat suku akhir musim ini.

Dalam masa sama, penyerang TFC, Jordan Mintah enggan menjadikan faktor kecederaan sebagai penghalang untuk dia terus membantu gergasi Pantai Timur itu membawa pulang tiga mata dari Kuching.

“Saya perlu berkorban untuk saingan Piala Malaysia ini sebab saya mahu berikan apa yang penyokong mahukan. Setiap kali saya di padang, saya akan lupa rasa sakit kerana fikir untuk beraksi sahaja,” jelasnya.

Mintah yang dinobatkan sebagai penjaring terbanyak Liga Premier bersama Terengganu FC II musim ini, berjaya meledak dua gol buat Terengganu ketika menang 3-1 ke atas Selangor FC pada Ahad lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI