fbpx

Howe sah bimbing Newcastle

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HOWE secara rasmi dilantik menjadi pengurus Newcastle yang baharu dengan kontrak sehingga 2024. – AFP

NEWCASTLE – Newcastle United akhirnya mengesahkan bahawa mereka telah melantik Eddie Howe sebagai pengurus baharu kelab berkenaan dengan kontrak sehingga musim panas 2024.

Pengurus berusia 43 tahun itu meletakkan jawatan di Bournemouth pada musim panas tahun lalu untuk meng­akhiri legasi cemerlangnya sebagai pemain dan pengurus kelab tersebut.

Selain membuat 300 penampilan sebagai pemain untuk Bournemouth, Howe turut membimbing Bournemouth untuk tempoh selama lima tahun bermula 2015.

“Saya rasa sangat bangga apabila dilantik menjadi pengurus sebuah kelab yang mempunyai sejarah kegemilangan yang hebat seperti Newcastle ini.

“Ia adalah peluang yang sa­ngat menakjubkan, tetapi sudah tentu banyak perkara yang perlu dilakukan dan saya sudah tidak sabar untuk turun ke padang latihan bersama para pemain.

“Saya mahu berterima kasih dengan peluang yang diberikan oleh pemilik kelab ini serta seluruh penyokong yang menyambut kehadiran saya. Saya sangat te­ruja untuk memulakan karier bersama kelab ini,” katanya.

Pemilik bersama Newcastle, Amanda Steveley mengakui seluruh pihak pengurusan kelab begitu menyanjungi kemampuan dan kebolehan yang ada pada Howe.

“Kejayaan bersama Bournemouth yang dikecapi Eddie menyebabkan kami percaya beliau mampu untuk mengubah kelab ini. Beliau merupakan seorang pengurus yang dinamik dan bercita-cita besar,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI