fbpx

Naura Hakim kemurungan kenang kematian Vanessa Angel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAURA HAKIM

GARA-GARA terlalu sedih dengan kematian pelakon terkenal, Vanessa Angel bersama suaminya Bibi Ardiansyah dalam kemalangan jalan raya pada Khamis lalu, model terkenal Indonesia,

Naura Hakim mengalami kemurungan sehingga tiada selera makan selama beberapa hari.

Ujar Naura, dia sangat terkejut mendengar berita tentang kematian tragis Vanessa yang juga rakan baiknya itu.

“Saya menangis sekuat hati dan membaling telefon kerana terlalu sedih. Saya juga hilang selera makan sehingga berat badan saya turun dengan mendadak.

“Setiap hari saya hanya mengurung diri dalam bilik sehingga menjadi kemurungan,” katanya.

Ujar model berusia 21 tahun itu lagi, dia berdepan satu kehilangan besar selepas kematian Vanessa. Dia juga mengambil keputusan untuk menutup sementara laman sosialnya.

“Saya tidak mahu membuka laman sosial buat waktu ini kerana di mana-mana sahaja, pasti akan ada berita tentang kematian mereka.

“Sehingga kini saya masih berasa tidak percaya dengan berita tersebut,” ujarnya.

Model popular yang pernah tampil dalam muzik video penyanyi Ariel Noah itu bagaimanapun percaya, Vanessa dan suaminya kini sudah berada di tempat yang baik di sisi Tuhan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI