fbpx

Penduduk N9 rugi RM20.89 juta angkara Scammer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Sejumlah 2,330 kes penipuan dalam talian melibatkan kerugian berjumlah RM20.89 juta dilaporkan di negeri ini dalam tempoh 10 bulan, bermula Januari hingga Oktober lalu.

Kes penipuan dalam talian telah menyumbang sebanyak 86 peratus daripada jumlah keseluruhan kes jenayah komersial di negeri ini.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, kes tersebut meningkat berbanding 1,333 kes dengan kerugian RM18.83 juta dalam tempoh sama pada tahun lalu.

“Peningkatan kes pada tahun ini adalah sebanyak 44.3 peratus atau 590 kes dengan tambahan kerugian lebih RM2 juta.

“Daripada kes itu, seramai 830 individu yang dipercayai terlibat sebagai ‘keldai akaun’ iaitu memberi maklumat akaun mereka untuk digunakan sindiket telah ditahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, seramai 285 individu telah dituduh di mahkamah manakala baki yang lain dalam tindakan pihak polis untuk pertuduhan dalam masa terdekat.

“Ingin ditegaskan bahawa pemilik-pemilik akaun yang telah ditangkap serta dituduh akan menyebabkan butiran mereka dimasukkan dalam rekod jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Ini sekali gus boleh menjejaskan sebarang urusan seharian mereka atau sukar mendapatkan peluang pekerjaan di kemudian hari,” katanya. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI