fbpx

Djokovic pasang impian jadi jurulatih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DJOKOVIC mengakui impiannya selepas bersara sebagai pemain adalah untuk menjadi seorang jurulatih. – AFP

LONDON – Bintang tenis No. 1 dunia, Novak Djokovic berhasrat untuk menjadi jurulatih selepas kariernya sebagai pemain berakhir dalam usaha mengembangkan bakat generasi baharu menerusi sukan tersebut.

Pemain dari Serbia itu meng­akui dia tidak akan ‘menggantung raket’ dalam masa terdekat ini, tetapi impiannya untuk menjadi jurulatih timbul selepas memenangi kejohanan Paris Masters pada Ahad lalu.

Djokovic, 34, meraih gelaran Masters 1000 yang ke-37 sepanjang kariernya di Paris itu selepas mengatasi bintang Rusia, Daniil Medvedev dengan kemenangan 4-6, 6-3, 6-3.

“Bagi saya, secara logik bahawa langkah seterusnya selepas bersara, saya ingin menyampaikan pengetahuan saya kepada orang lain. Saya gembira dapat meneruskan perjalanan dalam sukan tenis selepas ini sebagai seorang jurulatih.

“Ilmu akan memakan diri sekiranya anda tidak bijak menggunakannya. Jadi, saya rasa itu adalah langkah terbaik pada masa akan datang,” kata Djokovic.

Dalam pada itu, Djokovic berpendapat bahawa Medvedev bakal mengikut jejaknya untuk menjadi pemain terbaik dunia dan mampu merangkul banyak trofi selepas ini.

“Ketika ini dia adalah pemain terbaik dunia dan jika dia kekal dengan permainan terbaik seperti itu, tidak mustahil dia mampu menggenggam lebih banyak gelaran dalam banyak kejohanan Grand Slam nanti,” tambah Djokovic.

Sabtu lalu, Djokovic mengesahkan kedudukannya selaku pemain No.1 dunia sehingga penghujung tahun ini buat kali ketujuh selepas menundukkan Hubert Hurkacz di pentas separuh akhir Paris Masters.

Kemenangan di Paris itu merupakan gelaran kelima Djokovic tahun ini dan kejua­raan keenamnya dalam kejohanan tersebut walaupun tidak mengambil bahagian musim lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN