fbpx

Pesohor umum ibu pemenang peraduan anjuran sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Garza menawarkan hadiah berupa sebuah kenderaan Kia SUV kepada pemenang utama peraduan anjurannya. – Instagram

BANDAR MEXICO – Seorang pesohor media sosial di  Mexico dikecam netizen kerana mengumumkan ibunya sebagai pemenang bagi peraduan yang dianjurkan oleh dirinya sendiri, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Lore Garza menganjurkan peraduan berkonsep loteri kepada lebih 140,000 pengikutnya dengan menawarkan hadiah berupa sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Kia sebagai tanda menghargai kesetiaan mereka.

Peserta hanya perlu membeli seberapa banyak ‘tiket loteri’ bagi membolehkan mereka berpeluang memenangi hadiah utama.

Bagaimanapun, para peserta meluahkan rasa marah apabila Garza mengumumkan bahawa ibunya merupakan pemenang peraduan tersebut selepas nombor milik wanita itu terpilih.

“Ia adalah sesuatu yang berada di luar kawalan. Saya tidak tahu siapa yang akan memenangi peraduan ini sebelum cabutan dibuat,” kata Garza sambil menegaskan bahawa pemilihan nombor dilakukan secara telus.

Tambah wanita itu, dia merupakan mangsa kepada ‘budaya pembatalan’, di mana ramai orang yang ingin melihat kejatuhannya.

Meskipun penjelasan yang diberikan Garza berjaya meyakinkan sebilangan pengikutnya, terdapat juga sebilangan lagi yang tidak mempercayai kata-kata wanita itu, terutamanya apabila dia gagal memenuhi janjinya untuk memberikan hadiah bernilai sehingga 50,000 peso (RM10,219) kepada lima pemenang bertuah.

Garza berkata, dia mempertimbangkan untuk membeli kereta baharu buat ibunya dan menganjurkan peraduan itu sekali lagi, namun tidak akan menyerahkan SUV Kia tersebut kepada orang lain kerana ‘tidak adil untuk menghadiahkannya kepada orang yang tidak menang’. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI