fbpx

Aduan kera, babi paling tinggi diterima Perhilitan NS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMINUDDIN Harun menunjukkan perangkap bagi kera dan babi yang diserahkan kepada Jabatan Perhilitan Negeri Sembilan di sini. FOTO : NOR SHAFAWATI YUP

SEREMBAN – Kes gangguan haiwan liar melibatkan babi dan kera merupakan aduan tertinggi yang diterima Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan sepanjang tahun ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pihaknya memandang serius masalah itu kerana kehadiran haiwan berkenaan turut mengancam keselamatan orang awam.

“Di Negeri Sembilan sebahagian besar kawasannya adalah pertanian dan banyak aduan diterima daripada pengusaha dan petani.

“Ia telah menyebabkan kerugian kepada mereka terutama pada musim buah-buahan sedangkan kos untuk memulakan operasi yang terpaksa mereka tanggung adalah tinggi malah sebelum ini ada juga kes kanak-kanak yang dicederakan kera,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Perhilitan Negeri Sembilan di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI