fbpx

Berkumpul di kampung punca kes Covid-19 Kelantan meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad (dua dari kanan) menyampaikan hadiah kepada penerima Anugerah Belia Negara 2021, Tokoh Aktivitis Belia Kelantan, Roslan Ismail (duduk di atas kerusi roda) di Hotel Perdana, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Pulang ke kampung dan berkumpul bersama ahli keluarga semasa cuti umum perayaan Deepavali minggu lalu dipercayai menjadi punca peningkatan kes jangkitan Covid-19 di Kelantan.

Kelantan merekodkan kes jangkitan Covid-19 sebanyak 820 kes semalam iaitu peningkatan melebihi dua kali ganda berbanding kelmarin dengan 376 kes.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, ramai perantau pulang ke kampung halaman mereka di Kelantan semasa cuti sambutan Deepavali baru-baru ini yang sudah pastinya berlaku aktiviti berkumpul bersama ahli keluarga.

“Peningkatan jangkitan Covid-19 menunjukkan peningkatan selepas cuti umum baru-baru ini. Kita dapat lihat, kes jangkitan Covid-19 di Kelantan akan meningkat tidak kira apa musim perayaan di negara ini.

“Saya akan mengadakan mesyuarat dengan Majlis Keselamatan Negara esok untuk mengenal pasti punca sebenar kenaikan jangkitan Covid-19 di negeri ini yang sering mencatatkan peningkatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan di Hotel Perdana, di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI