fbpx

Pengurusan 1MDB seperti kopitiam di Jalan Petaling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib ketika hadir di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa perjalanan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diumpamakan diuruskan seperti sebuah kedai kopitiam di Jalan Petaling.

Kata-kata perumpamaan itu dinyatakan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Seri Gopal Sri Ram pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik 1MDB dihadapi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam prosiding hari ini, Sri Ram berkata demikian ketika membantah soalan balas peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed terhadap saksi pendakwaan ke-10 yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Mohd. Hazem Abdul Rahman yang disifatkan tidak relevan kepada pembelaan.

Berikutan itu, Hakim Collin Lawrence Sequerah bertanyakan Wan Aizuddin bagaimana soalan yang diajukan kepada saksi pendakwaan itu adalah relevan kepada pembelaan kes anak guamnya.

Wan Aizuddin kemudian menjawab, pihak pembelaan akan menunjukkan bahawa terdapat salah urus dalam syarikat 1MDB.

Pada peringkat itu, Sri Ram berkata , soalan yang ditanyakan adalah tidak relevan dan saksi  bukan dibicarakan dalam kes berkenaan.

“Kami menyatakan bahawa hal ehwal 1MDB pada ketika itu seperti diuruskan dari kedai kopi cina (kopitiam) di Jalan Petaling.. semua individu ini mendapat arahan daripada Jho Low ( ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho) yang juga adalah alter ego tertuduh. Ini adalah kes kami…(soalan balas yang ditanyakan adalah lansung tidak relevan kepada kes ini,” kata Sri Ram.

Najib, 67, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI