fbpx

Peningkatan golongan tidak berumah dijangka berlaku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN
MOHAMAD AZLAN JAAFAR
PENGARANG KUMPULAN MEDIA MULIA

Minggu ini, akhbar ini memaparkan mengenai kehidupan gelandangan di Kuala Lumpur.

Kebanyakan mereka memilih untuk hidup cuma beralaskan kotak, manakala katil peneman malam ialah kaki lima. Masjid dan surau pula sebagai tempat membersihkan diri.

Ada yang gagal dalam perniagaan. Ada yang gagal meraih nafkah secara biasa. Dan ada yang disisihkan ahli keluarga termasuk anak sendiri.

Kehidupan mereka ini kini ditemani rakan-rakan‘senasib’. Tiada kesedihan dalam golongan miskin tegar.

Kawasan Masjid Negara, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Lebuh Pudu, Jalan Chow Kit, Jalan Petaling, Jalan Sri Amar dan Jalan Putra adalah tapak permainan mereka saban hari.

Keprihatinan dan kemurahan hati masyarakat Malaysia turut memastikan tidak pernah ada yang mati kebuluran.

Salah seorang gelandangan yang ditemui berkata: “Kami bahagia hidup begini. Dapat makan lima kali sehari dan jika bernasib baik, ada hari orang beri wang saku pula.”

“Saya seronok, bebas dan ramai kawan. Saya dan rakan-rakan tidak perlu risau tentang makanan kerana memperolehnya secara percuma setiap hari,” kata gelandangan bernama Saiful, yang berusia 48 tahun.

Kehidupan bersendirian tanpa ahli keluarga tidak lagi penting kepada dia dan yang lain. Tetapi dia bangga kerana tidak mengemis.

Kebanyakan gelandangan tahu selok-belok hidup di lorong-lorong di tengah kota yang akan berlatarbelakangkan bangunan tertinggi di Asia Tenggara apabila Merdeka 118 setinggi 644 meter atau bersamaan lebih kurang 161 buah kereta yang disusun menegak siap kelak.

Pusat transit gelandangan yang disediakan kerajaan memberi sedikit pelindungan terutama di malam yang sejuk.

Apa yang menarik, gelandangan ini terdiri daripada semua kaum. Kesusahan hidup tidak mengira agama, bangsa dan warna kulit.

Tetapi hati-hati yang murni tidak putus menyediakan makanan kepada golongan seperti kedai-kedai makan berhampiran Masjidil Haram.

Seorang rakan memberitahu bahawa jumlah gelandangan semakin nyata terutama sejak sekatan perjalanan yang dikenakan bagi membendung PKP.

Di banyak negara barat, jumlah golongan tidak berumah semakin meningkat. Ada sehingga 45 peratus. Semuanya akibat Covid-19.

Keadaan sama akan berlaku di negara ini. Covid-19 ialah satu krisis global.

Masalah gelandangan ini boleh bertukar daripada sebagai isu sosial kepada krisis jika jumlahnya terus meningkat.

Walaupun alasan diberikan gelandangan seolah mereka gembira hidup begitu, jika diberikan pilihan antara rumah berbumbung dan perhentian bas, pilihannya adalah jelas.

Kerajaan harus bersedia akan peningkatan gelandangan kerana tanda-tandanya sudah ada.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI