fbpx

Empat individu cemas bas jatuh gaung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah bas yang terbabas dan jatuh ke dalam gaung di Jalan Besar Jengka 5 di Maran semalam.

MARAN – Empat individu termasuk dua penumpang bas melalui detik mencemaskan selepas bas dinaiki mereka hilang kawalan dan terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira tiga meter di Jalan Besar Jengka 5 di sini semalam.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu dengan hanya konduktor bas wanita berusia 57 tahun mengalami luka di bahagian kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, kejadian kira-kira pukul 4.11 petang itu berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan dari arah Jengka ke Kuantan.

“Apabila sampai di lokasi kejadian bas yang dipandu itu tiba-tiba hilang kawalan dalam cuaca hujan dan terjatuh ke dalam gaung sedalam tiga meter di tepi jalan tersebut.

“Akibat kejadian konduktor bas mengalami luka kecil di bahagian kepala manakala pemandu dan dua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan,”katanya di sini hari ini.

Menurut Kamarulzaman kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalu lintas Jalan 1959 (Rule 10LN 166/59) dan siasatan lanjut dilakukan.

Katanya berdasarkan siasatan awal mendapati lokasi kejadian jalan lurus dan semasa kejadian hujan lebat dan permukaan jalan basah.

“Berdasarkan siasatan awal juga mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu bas yang gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan,”ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI