KUANTAN – Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) mengeluarkan sejumlah 1,746 kompaun bernilai hampir RM3 juta atas pelbagai kesalahan dalam tempoh Januari hingga hujung bulan lalu.
Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr. Nor Azimi Yunus berkata, Jumlah itu sekali gus menjadikan negeri ini tertinggi mengeluarkan kompaun membabitkan kesalahan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
“Kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan kesalahan merokok di kedai makan antara kompaun tertinggi yang dikeluarkan pihak kami dalam tempoh berkenaan.
“Antara kesalahan membabitkan SOP Covid-19 adalah kesalahan gagal menggunakan aplikasi MySejahtera dan tidak memakai pelitup muka,” katanya dalam operasi di sekitar bandar Kuantan di sini, hari ini
Menurutnya, pihak JKNP sudah melaksanakan 10 siri operasi seperti yang diarahkan Kementerian Kesihatan sejak September lalu, selain enam siri operasi bersepadu di peringkat negeri. -K! ONLINE