PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan bagi negeri Kelantan dan Terengganu berlaku sehingga hari esok.
MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, penduduk di Kelantan dan Terengganu diingatkan untuk terus berwaspada dengan ramalan cuaca buruk ini.
“Di Kelantan, kawasan yang terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.
“Di Terengganu kawasan yang diramalkan mengalami hujan merangkumi Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE