fbpx

Dubuk pertama dijangkiti Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR tidak bertarikh menunjukkan seekor dubuk. – Twitter

DENVER, colorado – Makmal Perkhidmatan Veterinar Kebangsaan melaporkan kes pertama jangkitan Covid-19 melibatkan dubuk apabila dua ekor haiwan itu dijangkiti koronavirus di Zoo Denver, lapor laman berita Wion News semalam.

Menurut makmal tersebut, ujian Covid-19 dijalankan ke atas pelbagai spesies haiwan selepas beberapa ekor singa jatuh sakit di zoo tersebut. Keputusan ujian itu mendapati dua ekor dubuk, 11 ekor singa dan dua harimau didapati positif Covid-19.

Dua dubuk tersebut, Ngozi dan Kibo direkodkan sebagai dubuk pertama di dunia yang dijangkiti Covid-19.

Kakitangan zoo terbabit memberitahu bahawa kedua-dua haiwan itu mempunyai gejala yang sangat ringan termasuk sedikit kelesuan, gangguan saluran penafasan dan batuk sekali sekala.

“Kedua-dua haiwan itu mengekalkan tahap tenaga normal dan cukup interaksi dengan penjaganya. Ngozi dan Kibo dijang­ka pulih sepenuhnya,” kata Zoo Denver di laman Twitter.

Dua harimau, Yuri dan Nikita di samping 11 ekor singa tersebut juga dikatakan sama ada akan pulih atau menunjukkan penurunan gejala virus tersebut.

Kakitangan zoo itu juga memastikan langkah berjaga-jaga yang tinggi semasa menjaga semua 3,000 haiwan daripada 450 spesies berbeza di zoo tersebut.

Sementara itu, kajian baru-baru ini mendedahkan bahawa vari­an Alpha Sars-CoV-2 atau virus Covid-19 telah dikesan pada dua ekor kucing dan seekor ­anjing.

Pengarang utama Pusat Rujukan Veterinar Ralph yang berpangkalan di Britain, Dr. Luca Ferasin ketika mengulas me­ngenai penyelidikan itu berkata, kajian tersebut menemukan peningkatan risiko haiwan peliharaan dijangkiti virus Covid-19. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI