fbpx

KLWFC perintis dalam melonjak bola sepak wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI FAIDUL MAISARAH (berdiri sepuluh dari kiri) bergambar bersama pemain-pemain pasukan Setiawangsa Rangers (kiri) dan KL Sunbears (kanan) sebelum mereka memulakan aksi pada KLWFC di Kuala Lumpur kelmarin.

KEJOHANAN Bola Sepak Wa­nita Kuala Lumpur (KLWFC) yang sedang berlangsung ketika ini mampu menjadi contoh dan perintis kepada negeri-negeri lain untuk mengambil inisiatif menganjurkan liga sosial khas buat golongan wanita.

Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dr Siti Faidul Maisarah Abdullah berkata, penganjuran KLWFC boleh disifatkan sebagai usaha untuk memartabatkan dan mencungkil bakat pemain wanita dalam negara.

Menurutnya, ucapan tahniah diberikan kepada penganjur di atas penganjuran kejohanan tersebut kerana ia satu usaha baik serta sangat bermakna dalam melonjak sukan bola sepak wanita di negara ini.

“Kejohanan seperti ini diharap­kan menjadi satu feno­mena dan setiap negeri harus mengambil inisiatif mengadakan liga khas untuk wanita. Ia juga satu medium untuk kita gunakan untuk mencari lebih ramai pemain berbakat.

“Bakat yang digilap dari pe­ringkat negeri bukan hanya diketengahkan di sini, tetapi sehingga mewakili negara sekali gus mengangkat nama Malaysia pada kejohanan antarabangsa,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Prog­ram KLWFC, Khushairi Aizad Jamalludin berkata, selepas banyak program bola sepak wanita tidak dapat dilaksanakan sejak pandemik Covid-19, pengajuran kejohanan itu dianggap sebagai permulaan baik bagi mencungkil bakat-bakat baharu.

Menurut Khushairi, kejohanan itu membabitkan enam pasukan yang bersaing menerusi format liga sepusingan dan ia dilaksanakan secara sistematik di mana mereka turut ada statistik perlawanan dan pemain selain rakaman aksi tumpuan setiap aksi.

“Ia satu penjenamaan baik bagi bola sepak wanita untuk menarik penaja dari sektor korporat untuk turut bersama dalam membangunkan bola sepak wanita, selain memberi ruang buat kelab komuniti membuktikan kemampuan masing-masing.

“Kita harap ia tidak terhenti di sini tapi bersambung ke tahun depan agar ia menjadi satu fenomena di Kuala Lumpur sekali gus melahirkan pemain bola sepak wanita yang berkualiti,” katanya.

Enam pasukan yang bertan­ding pada KLWFC ialah Setiawangsa Rangers FC, Dinolove FC, KL Sunbears, Hypernova Girls FC, Catalan FC dan Wonder Girls FC.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI