ALOR SETAR – Bina Darulaman Berhad (BDB) membuka peluang kepada anak kelahiran Kedah untuk menyertai pertandingan mencipta logo dan nama khas bagi projek pembangunan Langkawi Designer Premium Outlet yang sedang berlangsung sehingga 21 November ini.
Projek tersebut akan dibangunkan oleh BDBMBI Langkawi Ventures Sdn. Bhd. (BDBMBI) yang merupakan syarikat usaha sama antara BDB dan Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI).
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, Faris Najhan Hashim berkata, pertandingan berkenaan merupakan salah satu inisiatif syarikat untuk memberi peluang kepada seluruh rakyat negeri ini terlibat secara langsung dengan projek yang julung kalinya dibangunkan di Pulau Langkawi.
Menurut beliau, projek itu akan memberi satu dimensi baharu kepada produk pelancongan di Langkawi dan sudah pasti menjadi lebih menarik sekiranya mendapat sentuhan anak tempatan dalam penciptaan logo dan juga nama khas kepada projek pembangunan tersebut.
“Peserta mestilah terdiri daripada anak jati yang lahir di negeri Kedah berumur 18 tahun ke atas dan mereka perlu mencipta logo dan nama dalam Bahasa Inggeris serta tidak mengandungi elemen yang boleh dianggap sensitif dan boleh menyinggung mana-mana pihak.
“Logo yang dicipta hendaklah tulen serta tidak diciplak daripada mana-mana logo tempatan mahupun luar negara,” katanya dalam kenyataan.
Faris Najhan menerangkan, peserta berpeluang memenangi hadiah keseluruhan iaitu wang tunai berjumlah RM10,000.
“Sehubungan itu, saya menyeru kepada semua rakyat negeri Kedah yang mempunyai bakat terpendam dan kreatif dalam mencipta logo agar tidak melepaskan peluang keemasan ini dan bersama-sama dengan Kumpulan BDB untuk membangunkan Langkawi supaya terus harum di persada dunia,” jelasnya.
Setiap penyertaan hendaklah mematuhi garis panduan pertandingan yang telah ditetapkan dan boleh dirujuk di laman web Kumpulan.
Projek Langkawi Designer Premium Outlet akan dibangunkan di kawasan seluas kira-kira 16.58 hektar di Padang Matsirat yang terletak bersebelahan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
Ia meliputi outlet premium, perniagaan serta makanan dan minuman selain kemudahan rekreasi kepada pelancong dan masyarakat setempat.
Keseluruhan pembangunan memfokuskan kepada konsep membeli-belah yang dihiasi dengan kawasan hijau serta struktur bangunan melambangkan kebudayaan ikonik