fbpx

Semangat ke sekolah, uniform pula sendat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan kembar, Darius Ishqisah (dua dari kiri) dan Darris Ishqish (dua dari kanan) murid tahun tiga mengimbas suhu badan sebelum memasuki kelas di SK Angkatan Tentera, Johor Bahru semalam. GAMBAR HIASAN

JOHOR BAHRU – Pakaian seragam anak sudah tidak muat ekoran sesi persekolahan lama tidak dibuka sejak Jun lalu antara ragam yang dilalui ibu bapa ketika mula menghantar anak-anak ke sekolah semalam.

Disebabkan itu ramai ibu bapa memilih untuk mengenakan pakaian sukan sahaja ke sekolah.

Tinjauan yang dibuat di Sekolah Kebangsaan (SK) Angkatan Tentera mendapati, ibu bapa mula menghantar anak ke sekolah seawal pukul 6.45 pagi yang disambut guru dengan memberikan pelitup muka percuma.

Rata-rata murid begitu teruja untuk memulakan sesi persekolahan bagi kemasukan murid tahap satu (Tahun 1, 2 dan 3) semalam.

Seorang bapa, Ishak Mohd. Elah, 43, berkata, dia berdebar dan risau untuk menghantar anak ketiganya, Danish Daniel Ishak, 9, ke sekolah memandang­kan penularan pandemik Co­vid-19 masih ada.

Namun begitu, dia yakin pihak sekolah sudah bersedia de­ngan garis panduan serta prosedur operasi standard bagi mengekang penularan wabak itu di kawasan sekolah.

“Anak memang semangat nak bersekolah, pagi tadi (semalam) pun dia bangun awal sebab teruja ke sekolah.

“Cumanya, baju sekolah dia sudah sendat sedikit kerana badan sudah naik sejak duduk di rumah lama,” ujarnya.

Bagi usahawan, Raden Siti Nur Shuhadah Naharudin, 30, pula berkata, walaupun bimbang, dia gembira anak-anaknya, Harris Hayden Ibrahim, 8, dan Emmel Rayqarl Ibrahim, 7, sudah bersekolah semula.

Pengoperasian sekolah Johor semalam melibatkan murid Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) sekolah rendah serta murid Tingkatan 3 dan Tingkatan 4.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI