fbpx

Anggota polis antara ditahan dalam parti liar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah rumah di Taman Bandar Mutiara, Sungai Petani yang menjadi lokasi 32 individu ditahan kerana terlibat dalam parti liar.

Oleh NUR SYAZWANA MANSOR

SUNGAI PETANI – Seorang anggota polis antara 32 individu yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam parti liar di sebuah rumah di Taman Bandar Mutiara di sini awal pagi ini.

Mereka yang ditahan terdiri daripada 22  lelaki dan 10 wanita berusia antara 17 hingga 31 tahun.

Anggota polis berpangkat koperal berusia 24 tahun itu bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata,  serbuan dilakukan sepasukan anggota unit kereta peronda (MPV) yang membuat rondaan di kawasan berhampiran kira-kira pukul 3.45 pagi.

Kata beliau, sebelum itu, anggota polis MPV menerima aduan daripada orang awam mengenai bunyi muzik yang kuat dari sebuah rumah di taman perumahan tersebut

“Anggota terus ke lokasi kejadian dan mendapati pintu rumah berkenaan dalam keadaan separuh terbuka.

“Hasil pemeriksaan di dalam rumah tersebut menemui 32 individu berkumpul tanpa alasan yang munasabah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Adzli, semua individu terbabit juga melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan apabila tidak melakukan penjarakan fizikal.

Tambahnya, hasil ujian air kencing mendapati 21 individu termasuk anggota polis terbabit positif dadah jenis methamphetamine.

“Kita akan mendapatkan perintah tahanan reman ke atas 15 lelaki dan enam  wanita yang positif dadah esok,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI