JANGKA hayat sesebuah kumpulan untuk bertahan lama dalam industri adakalanya terhenti awal atas beberapa faktor yang terjadi, antaranya penamatan kontrak atau pengunduran ahli.
Hal yang paling ditakuti peminat iaitu pembubaran hampir saja terjadi kepada kumpulan Laboum.
Pun begitu, populariti yang diraih secara tiba-tiba menerusi album Fresh Adventure yang dilancarkan pada 2016 menamatkan keresahan mereka daripada dibubarkan sebagai sebuah kumpulan.
Selepas tujuh tahun bergelar artis sejak 2014, Laboum sebenarnya hampir dibubarkan gara-gara semua ahli kumpulan itu berasakan diri mereka tidak popular.
“Kami pernah berbincang tentang pembubaran. Sejak dahulu saya mahu jadi pelakon, jadi saya berniat mahu tukar karier dengan mencuba dunia lakonan,” ujar Jinyea.
Berbeza pula dengan Haein, dia mendedahkan merancang untuk mengundur diri daripada industri dengan mencuba lapangan berbeza.
Pun begitu, hasrat tersebut terhenti apabila album Fresh Adventure meraih perhatian luar biasa sejak Mac lalu sehingga membuatkan nama Laboum menjadi sebutan peminat.