PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir bagi 10 negeri yang dijangka berlaku petang ini.
MetMalaysia berkata, setakat ini amaran cuaca buruk meliputi seluruh negeri Perlis serta di Kedah melibatkan kawasan Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
“Di Pulau Pinang, melibatkan kawasan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan, manakala di Perak merangkumi kawasan Kerian, Larut Matang Dan Selama, Manjung, Kinta, Perak Tengah dan Muallim.
“Di Kelantan, melibatkan kawasan Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang serta di Terengganu, kawasan terlibat ialah Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman,” katanya di sini hari ini.
Selain itu, ramalan yang sama turut melibatkan Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Pekan dan Rompin di Pahang.
“Bagi Selangor, kawasan terlibat adalah di Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat, manakala di Negeri sembilan melibatkan kawasan Jelebu,” katanya lagi.
MetMalaysia turut meramalkan ribut petir berlaku di beberapa kawasan bagi Sarawak termasuklah Sibu (Kanowit dan Selangau) dan Bintulu.
Seterusnya di Sabah, kawasan terlibat ialah Sandakan (Kinabatangan) dan orang ramai dinasihatkan untuk kekal berada di rumah ekoran cuaca buruk yang diramal berlaku sehingga 7 malam hari ini. – K! ONLINE