fbpx

Hael mencari cinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAEL HUSAINI

“PENAT ke jadi lelaki bujang?” Soalan cepumas tersebut terbit daripada mulut seorang wakil wartawan saat lelaki berusia 32 tahun itu ‘menyerahkan diri’ untuk ditemu bual selepas sidang akhbar program realiti Immortal Songs di Serdang baru-baru ini. Segak bersalut jaket berwarna jingga terang jenama Gucci dan berkaca mata hitam, Hael Husaini masih sama seperti yang dikenali semua sejak beberapa tahun lalu. Dia ramah dan ceria. Berbalik kepada soalan pertama tadi, Hael dengan nada berseloroh menjawab: “Malam ini malam mencari cinta, Lupakan…

"TIPULAH kalau tidak tertekan sebab masih bujang, sebab umur saya pun semakin meningkat, tambahan pula kawan-kawan lain sudah berkeluarga. Tetapi saya cuba untuk kekal positif dan di situlah tercetusnya idea nak buat lagu ini.

“Selain itu, ramai yang suka cakap hidup bujang menyedihkan, jadi menangis sahaja di tepi bucu katil. Dengan lagu ini, saya ingin mengajak orang bujang mencari cinta, termasuklah saya sendiri,” kata komposer popular sebelum disambut gelak tawa rakan wartawan.

Tambah lelaki yang sedang digosipkan kononnya bakal bertunang dengan Dayang Nurfaizah itu: “Setiap orang bujang di dunia ini layak untuk bahagia selain harus mencari dan berdoa agar dipertemukan jodoh.

Daftar di sini untuk baca berita penuh

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI