fbpx

MySejahtera akan diperkukuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menambah baik dan memperkukuh aplikasi MySejahtera susulan beberapa aduan berkenaan masalah melibatkan aplikasi itu.

Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, antara aduan diterima termasuk janji temu suntikan vaksin dos penggalak yang ditetapkan di klinik-klinik yang tidak beroperasi semasa hujung minggu.

“Di kementerian, pihak MySejahtera sedang memperkukuh dan membaiki serta menambah baik lagi aplikasi ini. Kadang-kadang apa yang berlaku ini contohnya pihak klinik, janji temu sudah dibuat namun mereka yang tutup klinik.

“Ada beribu klinik, pihak MySejahtera tidak mampu untuk menghubungi semua klinik-klinik terlibat. Saya juga berharap agar pihak klinik memaklumkan tentang penutupan itu kepada pihak yang terlibat,” jelasnya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan dari Cha Kee Chin (Rasah-PH) yang membangkitkan tentang isu masalah yang dihadapi oleh rakyat berkaitan janji temu di MySejahtera.

Tambah Noor Azmi, pihak kementerian turut akui tentang masalah ini dan akan memperbaiki segera kekurangan yang telah berlaku ketika ini. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI