PUTRAJAYA – Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menerima kunjungan hormat dari Setiausaha Luar, Komanwel dan Hal Ehwal Pembangunan Britain, Elizabeth Marry Truss.
Menurut kenyataan Kementerian Luar di sini, ia merupakan lawatan rasmi kali pertama wanita tersebut ke negara ini setelah baru dilantik ke jawatan berkenaan pada 15 September lalu.
“Kedua-dua Menteri Luar ini dijadualkan membuat penilaian secara menyeluruh ke atas tahap kemajuan dalam hubungan yang telah lama terjalin antara dua negara,” kata Wisma Putra.
Kunjungan tersebut juga ujar kenyataan berkenaan, bakal memberi peluang kerjasama antara kedua-dua negara dalam isu pasca pandemik Covid-19 terutama bidang pemulihan ekonomi.
Truss, 46, turut dijadualkan mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk bertukar pendapat dalam beberapa isu kerjasama dua hala. – K! ONLINE