fbpx

APMM rampas 31 set bubu naga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara bubu naga yang dirampas APMM.

PORT DICKSON – Maritim Malaysia (APMM) Melaka dan Negeri Sembilan telah merampas 31 set bubu naga yang dijumpai di sekitar perairan Lukut di sini semalam.

Menurut Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Haris Fadzillah Abdullah, rampasan tersebut dilakukan semasa rondaan rutin dan pada sekitar pukul 4 petang semalam.

“Aset Maritim telah menemui botol-botol plastik mencurigakan terapung di permukaan air dan pemeriksaan mendapati ia digunakan sebagai penanda lokasi pemasangan bubu naga.

“Pasukan operasi seterusnya merampas 31 set bubu naga dipasang di empat lokasi berasingan sekitar kedudukan 0.4 batu nautika Barat Daya muara Sungai Lukut, di sini,“ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kesemua bubu naga yang dijumpai itu dirampas kerana penggunaannya adalah tidak dibenarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia sejak November 2018.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI