fbpx

Selepas tugu,tudung siakap pula tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lukisan tudung siakap tular di laman media sosial apabila ramai pengguna sosial membandingkannya dengan tudung bawal.

PETALING JAYA- Kontroversi hidangan ikan siakap bernilai RM1,196 di salah sebuah restoran di Langkawi baru-baru ini dilihat membuka ruang kepada pengguna media sosial untuk berkarya dengan menjadikan hidupan laut itu sebagai subjek utama.

Terbaru, ikan siakap itu atau digelar sebagai ‘ikan kayangan’ dijadikan bahan jenaka apabila hidupan laut itu dilukis menjadi sehelai tudung yang digelar ‘tudung siakap’ oleh pengguna media sosial.

Difahamkan, lukisan diberi nama ‘Tudung Siakap’ itu dilukis oleh seorang individu bernama Budijemari.

Jenaka itu menjadi tular khususnya di laman Facebook apabila rata-rata pengguna membandingkannya dengan ‘tudung bawal’ berikutan kedua-duanya mempunyai nama yang diinspirasikan daripada hidupan laut.

“Mahal (tudung siakap), tidak mampu beli, kita pakai tudang bawal saja, itu pun tudung Tesco sahaja,” kata @Umi Azim.

“Jaga-jaga, nanti pereka fesyen ambil idea, jual beribu-ribu pula,” seloroh @Nadia Surani.

“Sopan tudungnya, labuh menutupi dada, padan dengan harga,” jelas @Nor Hasliza.

“Alahai, okay saja tudung siakap ini, ala-ala labuh begitu, tetapi saya tidak suka, bawal saja la, takut harga tudung siakap lagi mahal daripada emas,” tulis @Senia Cik Bunga. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI