fbpx

Amaran angin kencang, laut bergelora hingga Sabtu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama di beberapa kawasan berkuat kuasa sehingga 13 November ini.

MetMalaysia dalam laporannya berkata, paparan imej yang dokongsikan menunjukkan ramalan angin kencang sehingga 50 kilometer (km) sejam dan laut bergelora dengan ketinggian ombak mencapai 3.5 meter.

Amaran ribut yang dikeluarkan MetMalaysia hari ini.

“Keadaan ini dijangka melanda sekitar altitud yang lebih ke arah utara melibatkan kawasan perairan utara Condore, utara Reef North serta Layang-Layang,” katanya di sini hari ini.

Selain itu, MetMalaysia memaklumkan, keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil serta aktiviti rekreasi dan sukan laut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI