fbpx

Adik tikam abang, berang ditegur tunggang motosikal tanpa pengetahuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pisau yang digunakan suspek dalam kejadian tersebut.

PETALING JAYA – Polis menahan seorang lelaki warga tempatan kerana menikam abang kandungnya dalam satu kejadian di sebuah pangsapuri di kawasan Taman Putra Damai, Kelana Jaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian menerusi satu panggilan telefon oleh orang awam kira-kira pukul 12.08 tengah hari semalam.

Katanya, siasatan awal mendapati terdapat tiga orang lelaki warga tempatan terlibat dalam kejadian itu.

“Mangsa pertama berusia 24 tahun yang juga abang kepada suspek ditemui terbaring di lantai dalam keadaan luka dan berdarah di bahagian dada sebelah kiri serta bahagian perut.

“Manakala,mangsa kedua berusia 19 tahun yang juga kawan kepada mangsa pertama sedang duduk di kerusi dalam keadaan cedera di bahagian belakang badan sebelah kiri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohamad Fakhrudin, suspek berusia 15 tahun dan tidak bersekolah pula sedang duduk di kerusi berhampiran dengan mangsa pertama di bawah blok yang sama.

Mengulas lanjut, Fakhrudin berkata, kejadian dipercayai berpunca apabila abang kepada suspek berang terhadapnya ketika mengetahui suspek telah keluar menunggang motosikal tanpa pengetahuan kakak mereka.

“Menurut saksi kejadian mangsa kedua, cuba untuk meleraikan kejadian pergaduhan di antara dua beradik itu namun turut terkena pisau lipat yang dipegang oleh suspek.

“Suspek kemudiannya membuang pisau tersebut di lantai setelah kedua-duanya cedera dan kesemua mangsa telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan dan masih dalam keadaan stabil,” ujarnya.

Menurutnya, suspek telah ditahan dan di bawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada pagi tadi untuk permohonan reman, hasil semakan juga mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan pisau lipat berukuran panjang empat inci yang digunakan suspek turut dirampas bagi membantu siasatan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI