fbpx

Semakan kehakiman: Rayuan Najib, Shafee ditolak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan, pelantikan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Kanan bagi mengendalikan kes jenayah Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah, dilaksanakan berdasarkan peruntukan undang-undang yang betul.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Yaacob Md. Sam berpuas hati, kedua-duanya gagal membuktikan Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Tommy Thomas bertindak melampaui undang-undang berhubung pelantikan tersebut atau berniat jahat ketika melantik Sri Ram sebagai TPR Kanan bagi mengetuai pasukan pendakwaan.

Sehubungan itu, Hakim Yaacob yang bersidang bersama Datuk Lee Heng Cheong dan Datuk Che Mohd. Ruzima Ghazali sebulat suara menolak rayuan bekas Perdana Menteri dan peguam terkemuka itu untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak semakan kehakiman mereka.

Mahkamah membenarkan permohonan Muhammad Shafee untuk mengetepikan perintah kos RM10,000 yang ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi kerana kes itu melibatkan kepentingan awam.K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI