fbpx

Jakoa agih anak benih buah-buahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa penduduk Orang Asli membawa turun anak benih pokok buah-buahan untuk diagihkan di Sungai Siput baru-baru ini.

IPOH – Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) negeri Perak dan Kedah telah membuat penghantaran anak benih buah-buahan dan anak getah ke perkampungan Orang Asli di Sungai Siput (Utara) baru-baru ini.

Tiga kampung berkenaan ialah di Kampung Sungai Gentes, Pos Piah dan Kampung Sungai Teras.

Jakoa negeri Perak dan Kedah dalam satu kenyataan memberitahu, sebanyak 5,400 anak benih getah cantuman mata tunas diagihkan di Kampung Sungai Gentes.

Menurut kenyataan itu, sebanyak 2,124 anak benih lagi dihantar ke kampung tersebut.

“Selain itu, di Kampung Sungai Teras dan Pos Piah sebanyak 59 anak benih durian Musang King dan 59 anak benih durian duri hitam dihantar.

“Kita turut menghantar 118 masing-masing anak benih rambutan, benih cempedak, benih manggis dan benih dokong kepada masyarakat Orang Asli yang telah membuat permohonan anak benih,” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI