fbpx

Peruntukan RM6 bilion untuk perkasakan TVET ke arah IR 4.0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kerajaan memperuntukkan RM6 bilion bagi pemerkasaan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) negara sebagai persiapan menuju ke arah Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0).

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, usaha itu bermatlamat melahirkan modal insan berkualiti dan berkemahiran tinggi yang menjadi antara fokus Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

Menurutnya, KBS telah merancang untuk melaksanakan projek pendigitalan IR 4.0 di Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) dengan permulaan projek untuk melaksanakan kajian berkaitan IR 4.0.

“Beberapa skop cadangan kajian seperti program retrofitting dan menaiktaraf peralatan latihan sedia ada dengan tambahan teknologi IR 4.0 dan pembangunan makmal pintar berteraskan teknologi IR 4.0.

“Begitu juga penyediaan latihan persediaan kepada tenaga pengajar dan pembangunan kurikulum pendigitalan berasaskan IR 4.0 akan diberi perhatian dalam kajian ini,” katanya ketika merasmikan Program SKIL’21 anjuran Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) secara dalam talian di Putrajaya hari ini.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI