fbpx

Bajet 2022 tidak pinggiran Sabah dan Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan amat menitikberatkan pembangunan dan kesejahteraan rakyat di kesemua negeri termasuk di Sabah dan Sarawak khususnya dalam Bajet 2022.

MOF menerusi satu kenyatan berkata, setakat ini, rakyat Sabah dan Sarawak telah memanfaatkan pelbagai bantuan-bantuan lain seperti bantuan tunai, program subsidi upah, serta pelbagai program pekerjaan seperti carian pekerjaan, latihan dan peningkatan kemahiran.

Katanya, pelbagai manfaat Bajet 2022 diumumkan pada Bajet 2022 termasuk peningkatan peruntukan perbelanjaan pembangunan (DE) bagi Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, sebanyak RM5.16 bilion diperuntukkan untuk Sabah iaitu tambahan RM104 juta berbanding 2021 manakala, Sarawak pula sebanyak RM4.67 bilion iaitu peningkatan sebanyak RM158 juta.

“Jumlah peruntukan DE Sabah dan Sarawak bagi tahun 2022 adalah lebih 20 peratus daripada jumlah peruntukan DE untuk kesemua negeri.

“Perbelanjaan DE ini termasuk peruntukan sebanyak RM2 bilion bagi Projek Lebuhraya Pan Borneo iaitu meneruskan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo Sabah daripada Sindumin ke Rampayan Laut dan Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak daripada Semantan ke Jalan Pujut Link,” katanya. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI