TOKYO – Penyanyi pop Jepun, Ayumi Hamasaki dikejarkan ke hospital kelmarin setelah selesai mengadakan konsert di Nagoya, lapor laman berita NewsOnJapan.com.
Pengurusnya mengesahkan bahawa Ayumi ia dikejarkan ke hospital setelah mengalami kejutan anafilaksis.
Ayumi, 43, dilaporkan berada dalam keadaan yang tidak membimbangkan walaupun tidak sedarkan diri seketika setelah mengalami tindak balas alergik yang teruk, lapor Avex Management Inc. dalam laman web rasminya semalam.
‘’Dia turut membatalkan konsert yang dijadualkan pada petang semalam,’’ tambahnya.
Ayumi yang sebelum ini terkenal dengan beberapa buah lagu termasuk ‘’Seasons’’ dan ‘’M’’ yang diterbitkan pada tahun 2000 itu sedang mengadakan konsert jelajah bermula bulan lalu.
Dia akan mendapatkan nasihat doktor dan pihak lain sama ada akan meneruskan jadual persembahannya atau sebaliknya – Agensi