fbpx

Trafik perlahan, dua kemalangan dilaporkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan dilaporkan perlahan disebabkan dua kemalangan yang berlaku masing-masing berdekatan Nilai, Negeri Sembilan dan Pendang, Kedah.

Menurut maklumat yang dikongsikan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), kemalangan pertama berlaku di Kilometer (KM) 281.9 arah utara dari Bandar Ainsdale ke Nilai, namun tiada lorong yang terhalang.

“Sementara itu, di KM 63.3 arah selatan dari Pendang ke Alor Setar juga terdapat kemalangan yang menyebabkan aliran trafik perlahan.

“Susulan itu,  sebahagian lorong kecemasan terhalang, namun keadaan trafik masih terkawal,” katanya tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI