fbpx

Kaji keberkesanan Ivermectin terhadap kontak rapat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kajian klinikal bagi melihat keberkesanan Ivermectin sebagai profilaksis (pencegahan penyakit) akan dimulakan dalam masa terdekat yang melibatkan kontak rapat kepada pesakit Covid-19.

Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal (ICR), Dr. Kalaiarasu M. Peariasamy berkata, ia akan dijalankan menerusi kerjasama industri serta ICR selain hospital dan kesihatan awam di bawah Kementerian Kesihatan.

Menurutnya, langkah tersebut adalah bagi mengenal pasti sama ada keberkesanan Ivermectin boleh mencegah daripada dijangkiti Covid-19 atau sebaliknya.

“Justeru, kita sedang menunggu kelulusan daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) bagi menjalankan kajian itu dan kita harap boleh dimulakan seawal bulan depan.

“Kajian ini akan melibatkan 300 sampel dengan kontak rapat berusia 18 tahun ke atas di 10 fasiliti kesihatan di empat negeri iaitu Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis. Selagi dia adalah kontak rapat, mereka dipelawa untuk menyertai kajian klinikal ini,” katanyapada sesi libat urus bersama media secara maya hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI