PETALING JAYA – Pemakaian batik dalam kalangan rakyat tempatan bukanlah sesuatu yang baru, malah sudah menjadi kebiasaan apabila melihat pelbagai kaum di Malaysia mengenakan busana yang kebanyakannya bermotifkan flora itu.
Bagaimanapun, pengguna media sosial hari ini seakan-akan terpesona apabila Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar berkongsikan gambarnya mengenakan batik sambil memandu kereta di laman Facebook.
Perkongsian anak sulung kepada pasangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail itu yang disertai dengan kapsyen ringkas ‘Selamat hari minggu’ dengan tanda pagar #BatikMalaysia mendapat pelbagai reaksi termasuk gurauan nakal netizen yang rata-ratanya memuji kejelitaan wanita itu.
“YB sangat cantik hari ini, sudah seperti wanita Melayu terakhir lah,” kata Juda Tanru.
“Orang cantik pakai purdah pun cantik, orang cantik ni tengok mata, kalau mata cantik rupa pun cantik. Nurul Izzah ni memang cantik asli, cantik dan cerdik,” ujar Aunty Nab.
“Lawa batik YB. Terus beri sokongan kepada industri batin tempatan ya YB,” pesan Mzsapendi AlKelantenii.
Dalam pada itu, ada juga segelintir netizen yang meninggalkan komen nakal di perkongsian tersebut sehingga mengundang pelbagai balasan daripada pengguna Facebook.
“Bila YB nak akhirkan zaman bujang, saya kan ada,” usik Zack Rambo yang kemudiannya dibalas oleh seorang lagi pengguna yang mengugut mahu ‘tag’ akaun Facebook isterinya. – K! ONLINE