fbpx

‘Tak bersalah ke tinggal bilik hotel bersepah, kotor’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tersebut memaparkan keadaan bilik hotel dibiarkan penuh sampah sarap.

PETALING JAYA – Sebuah video memaparkan keadaan bilik hotel yang kotor tular di media sosial hari ini.

Menerusi video berdurasi 21 saat yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, Miera Nadhirah jelas menunjukkan keadaan bilik hotel yang sangat kotor, penuh sampah-sarap sehingga menyukarkan kerja-kerja pembersihan.

“Bila lambat check-in (daftar masuk) hotel, meroyan, viral (tular). Nak bilik siap sanitize (sanitasi) 10 kali sehari kalau boleh kuman pun tak ada. Takut konon, tapi bila check-out (daftar keluar) tinggalkan bilik macam ini rupa, tak rasa bersalah ke?

“Tak salah pun kalau mudahkan tugas housekeeping (pembersihan), hidup ini perlu toleransi. Jangan guna alasan dah bayar. Guna hati perut sikitlah. Sebab spesis macam inilah yang melambatkan kerja housekeeping,” tulis kapsyen video itu.

Bukan itu sahaja, pembuat video tersebut turut berkata, masalah kelewatan untuk daftar masuk juga terjadi apabila ada pelanggan yang lambat mendaftar keluar.

“Belum lagi yang terhegeh-hegeh nak check-out, yang nak check-in pun tak sabar-sabar pukul 12 dah terpacak depan hotel,” katanya.

Tinjaun Kosmo! pada ruang komen mendapati, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan sikap segelintir pelanggan yang tidak bertanggungjawab.

“Kalau dari kecil tidak dididik mengemas dan memudahkan urusan orang lain. Bukan luak pun, Insya-Allah, Allah mudahkan urusan harian kita pula,” kata Husna.

“Kadang-kadang kakitangan hotel dah penat nak viralkan. Ramai pelanggan buat bilik hotel macam ini, pengotor yang tak boleh bawa bincang,” kata Ayu.

“Susah bila terlalu pegang kata-kata ‘kita bayar’, inilah jadinya. Malu tengok ada orang dalam negara kita berperangai macam ini,” kata Hafiz. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI