PUTRAJAYA – Sebanyak 4,343 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 2,506,309.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow https://covidnow.moh.gov.my.
“Data setiap hari bagi laman CovidNow adalah dikemas kini sekali gus selepas tengah malam,” katanya di laman Facebook hari ini. – K! ONLINE