fbpx

Budak 10 tahun dikhuatiri dibaham buaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi terakhir seorang kanak-kanak lelaki dilihat sebelum diheret seekor buaya di kawasan sungai Kampung Bakau Lama, Lahad Datu. -Foto : IHSAN BOMBA

LAHAD DATU – Seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri dibaham buaya selepas hilang di kawasan sungai Kampung Bakau Lama semalam.

Dalam kejadian pukul 12 tengah hari itu, mangsa yang berusia 10 tahun berkenaan dikatakan diheret seekor buaya masuk ke dalam sungai dan hilang.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.03 tengah hari.

“Sepasukan enam anggota dan pegawai bersama jentera dikerah ke lokasi kejadian susulan laporan itu.

“Saksi di tempat kejadian mendakwa terdapat seorang kanak-kanak yang dibaham buaya sebelum diheret ke dalam sungai,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, mangsa setakat ini masih gagal ditemui dan operasi pencarian diteruskan di kawasan sekitar menggunakan kaedah ‘surface searching’ dengan bantuan orang kampung. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI