fbpx

26 ditahan berparti liar dalam kondo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kondominium di pusat bandaraya George Town diserbu polis awal pagi tadi.

GEORGE TOWN – Seramai 26 individu termasuk seorang remaja berusia 13 tahun yang leka berhibur dengan alunan muzik dalam parti liar ditahan polis selepas kondominium mewah yang disewa mereka di pusat bandar raya ini diserbu awal pagi tadi.

Serbuan kira-kira pukul 1.30 pagi oleh pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang itu dibuat selepas polis mendapat maklumat daripada orang awam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais berkata, siasatan mendapati individu terdiri daripada 15 lelaki dan 11 perempuan berusia 13 hingga 21 tahun itu merupakan kenalan.

“Mereka menyewa kondominium tersebut untuk sehari dengan kadar RM500 menerusi laman sosial untuk berparti.

“Soal siasat juga mendapati kadar sewa adalah RM30 seorang bagi perempuan dan RM50 seorang bagi lelaki,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook PDRM Pulau Pinang hari ini.- K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI