PETALING JAYA – Parti Bumiputra Perkasa Malaysia (Putra) turut menamakan lima calon mewakili parti tersebut bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 November ini.
Lima calon tersebut adalah, Mohd Aluwi Sari yang bakal bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu, Mohamad Hashidi Mohd. Zin (Paya Rumput) dan Nazatul Asyraf Md. Dom (Sungai Rambai).
Dua lagi bakal calon adalah, Laila Norinda Maon (Gadek) serta Mohd. Faizal Amzah di DUN Duyung. – K! ONLINE.