fbpx

Pekerja ladang edar dadah dihukum mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sunizal dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah mengedar dadah di Mahkamah Tinggi Alor Setar hari ini.

Oleh MOHD RAFIE AZIMI

ALOR SETAR – Seorang pekerja ladang ternakan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati bersalah atas tuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat hampir dua kilogram, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Ghazali Cha menjatuhkan hukuman itu ke atas Sunizal Ismail, 46, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang masih bujang didakwa mengedar dadah jenis kanabis seberat 1.96 kg di tepi jalan di Kampung Paya Pulai, Baling dekat sini kira-kira pukul 8 pagi, 4 Januari 2018.

Pendakwaan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan juga sehingga 15 kali sebatan.

Ghazali ketika membacakan keputusan itu berkata, pengetahuan tertuduh mengenai dadah tersebut tidak boleh dinafikan di sebalik dakwaannya mengenai kewujudan individu lain bernama ‘Mamu’ yang menumpang kereta Toyota Vios dipandunya pada hari kejadian.

“Saya juga tidak mempercayai keterangan orang kena tuduh (OKT) yang mengatakan dia tidak mempunyai butir-butir diri dan alamat Mamu yang mana daripada keterangan OKT sendiri, saya tidak yakin watak Mamu ini wujud.

“Walaupun OKT mengatakan dia baru mengenali Mamu dan meminta adiknya mencari individu tersebut, tetapi adiknya tidak pula dipanggil menjadi saksi dan jelas pembelaan OKT ini bersifat difikirkan kemudian (after thought) serta rekaan semata-mata,” katanya.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Syazwani Syed Hussin manakala tertuduh diwakili peguam, Burhanudeen Abdul Wahab.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI