fbpx

Isu menu mahal tidak jejas orang ramai ke Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelancong menaiki bot untuk aktiviti mengelilingi pulau Jeti Tanjung Rhu, Pulau Langkawi. - Gambar hiasan

ALOR SETAR – Isu siakap ‘harga kayangan’ yang kecoh di media sosial baru-baru ini diyakini sama sekali tidak akan menjejaskan sektor pelancongan di Pulau Langkawi.

Naib Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Cawangan Kedah dan Perlis, Razmi Rahmat berkata, perkara itu terlalu subjektif untuk diperdebatkan dan tidak boleh dijadikan penanda aras atau petunjuk kepada harga sebenar makanan mahu pun barangan yang dijual di pulau tersebut.

“Isu harga siakap itu sebenarnya terlalu subjektif untuk kita katakan. Semua orang tahu harga ikan di sangkar tidak sama dengan harga ikan di pasar, manakala premis yang terlibat pun cuma satu kedai.

“Dalam hal ini kita kena de­ngar penjelasan daripada kedua-dua pihak dan pihak berkuasa juga sudah memulakan siasatan.

“Jadi saya tidak fikir perkara ini akan menjejaskan sektor pelancongan di Langkawi,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Mengulas lanjut Ramzi berkata, ketika ini harga hotel di Langkawi juga masih ditawarkan di bawah harga biasa dan perkara itu menjadi salah satu tarikan untuk pelancong berkunjung ke pulau peranginan berkenaan.

“Kalau dahulu harga bilik mencecah RM270 misalnya tetapi buat masa sekarang harganya masih lagi ditawarkan di bawah RM200.

“Jadi kalangan pelancong boleh mengambil kesempatan ini untuk melancong ke Langkawi,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelancongan Langkawi, Zainudin Kadir berkata, pihaknya me­minta peniaga memastikan pelanggan faham akan pesanan yang dibuat mereka.

“Periksa pesanan pelanggan dua kali, pastikan mereka faham agar isu siakap mahal tidak akan berulang lagi di Langkawi,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI