fbpx

Ziyad akur keputusan, terus berlapang dada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZIYAD mengakui kelemahan diri dan bersedia untuk menjadikan insiden tersebut sebagai pengajaran pada masa akan datang.

MALAYSIA sudah boleh melupakan hasrat untuk menyaksikan pingat emas lontar peluru pada Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo, Jepun menjadi milik Muhammad Ziyad Zolkefli.

Ia selepas Ziyad menerima dengan hati terbuka rumusan Jawatankuasa Siasatan Dalaman dipengerusikan oleh Tan Sri Borhan Dolah yang diserahkan kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu kelmarin.

Jaguh para kebangsaan berusia 31 tahun itu akur dan bertanggungjawab dengan apa yang berlaku kepadanya sambil meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia serta berharap isu tersebut tidak dibangkitkan lagi selepas ini.

“Keadaan ketika itu agak sukar untuk saya dan jurulatih mempertahankan dakwaan kami tetapi tanpa sedari, kami melakukan kekhilafan seperti didakwakan.

“Maafkan kami sebab kecewakan semua dan percayalah kami tak mahu keadaan seperti itu. Kami akan jadikan kekhilafan itu sebagai pengajaran pada masa akan datang.

“Saya berharap isu ini tidak dispekulasikan dan dibangkitkan oleh mana-mana pihak. Tidak ada siapa patut dipersalahkan kerana kalau ada pun kesilapan adalah atas kelemahan diri kami sendiri,” katanya.

Dalam masa sama, Ziyad menjelaskan, motivasi dan semangatnya tetap berada pada tahap terbaik untuk menghadapi beberapa temasya besar tahun depan meskipun hasil siasatan tidak memihak kepada dirinya.

Sementara itu, jurulatih Ziyad iaitu Mohd. Faizol Harun berjanji agar isu ber­kenaan tidak berulang dan bersedia untuk memastikan anak didiknya me­nebus kekecewaan dalam pertandingan akan datang.

“Sebagai seorang jurulatih dan orang paling dekat dengan Ziyad, kami bersetuju untuk bertanggungjawab sepenuhnya. Saya juga memohon maaf dan berharap perkara ini tidak lagi diperbesarkan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI