fbpx

Ribut petir, hujan lebat landa 8 negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Amaran ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda beberapa kawasan di lapan buah negeri sehingga pukul 9 malam nanti.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di Facebooknya berkata, amaran itu melibatkan seluruh negeri Perlis, Pulau Pinang serta Wilayah Persekutuan Labuan.

“Sementara itu bagi negeri Kedah melibatkan kawasan di Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu manakala di Perak pula di Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak serta Kuala Kangsar.

“Bagi kawasan di negeri Johor pula antara kawasan yang terjejas di Kluang, Kulai dan Johor Bahru sementara di Sarawak di Kuching (Kuching), Samarahan (Samarahan), Sri Aman, Sarikei (Pekan dan Julau), Kapit (Song) serta Limbang,” katanya hari ini.

Tambahnya, cuaca tidak menentu itu turut diramal akan melanda negeri Sabah di Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran) serta Kudat (Kota Marudu dan Kudat). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI