fbpx

Netizen mahu Redza, Rose serius bercinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KESERASIAN yang terpamer antara Redza Rosli dan Sharifah Rose menjentik hati ramai peminat mahukan mereka benar-benar menjalin cinta.

MINGGU ini, nama Sharifah Rose dan Redza Rosli tiba-tiba membanjiri ruangan media sosial.

Semuanya gara-gara ledakan drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard yang memasuki episod akhir semalam. Hebat juga impak drama ini walaupun pada awalnya menerima kecaman hebat daripada netizen.

Kini, para pelakonnya pula menjadi kegilaan ramai sehingga ada yang mahu Rose dan Redza disatukan sebagai kekasih dalam dunia realiti.

TANGKAP layar komen peminat terhadap Redza dan Rose.

Kata mereka, pasangan itu sangat serasi. Mana tidaknya, kedua-dua mereka nampak sangat mesra setiap kali bersiaran langsung dalam Instagram.

“Suka sangat lihat cara Redza memandang Rose. Semoga berjodohan.

“Kalau Rose dengan Redza bercinta, ramai yang sokong,” komen seorang peminat mereka.

Disebabkan hal tersebutlah ramai yang mahu mereka bercinta. Kalau dua-dua masih solo, apa salahnya mencuba bukan?

DIVA: Seronoknya lihat Sharifah Rose yang kini berada di Korea Selatan untuk urusan kerja. Rezeki betul dapat ke luar negara ketika musim Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI