fbpx

Polis nafi pintu masuk Melaka ditutup 15 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SJR Melaka. - Gambar hiasan

MELAKA – Polis negeri menafikan maklumat tular yang mendakwa kononnya pintu masuk negeri ini akan ditutup selama 15 hari bagi pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 20 November ini.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali berkata, maklumat itu sebenarnya telah disunting oleh individu tidak bertanggungjawab menggunakan pemakluman prosedur operasi standard (SOP) PRN Sabah sebelum ini.

Katanya, pihaknya kini sedang menyiasat penyebaran tersebut yang boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

“Kenyataan yang tular sejak petang tadi adalah tidak benar, ia sebaliknya telah diubah suai daripada SOP PRN Sabah dahulu.

“Kita masih menunggu SOP yang akan diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Majllis Keselamatan Negara (MKN) berkaitan PRN Melaka,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI