KAGUMNYA Diva tengok selebriti serba boleh kita, siapa lagi kalau bukan Nabila Huda yang sekarang tengah gigih nak kuruskan badan, antaranya dengan melakukan aktiviti sukan tinju.
Lihat kepada teknik tendangan dan tumbukan padu Nabila, Diva rasa siapa yang kena boleh koma dibuatnya.
Bukan setakat Diva seorang sahaja yang kagum, malah penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza juga turut meninggalkan komen mengagumi gaya kehebatan Nabila atau lebih mesra disapa Abil bertinju.
Tapi apa yang Diva perasan, mula-mula ingatkan wanita yang gigih berlatih itu adalah anak kepada Abil iaitu Keisha Laila. Sebab saling tak tumpah wajah dan bentuk mereka berdua.
Tapi bila ditenung lama-lama, Abil rupanya. Alahai, bersemangat sungguh pengacara program Melodi itu. Mungkin Abil ada matlamat dan azam tersendiri yang hendak dicapai. Kita tunggu hasilnya nanti.
DIVA: Tahniah kepada penyanyi Ucop apabila telah selamat mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya. Cantik dan comel orangnya.